Keperluan Urgent Tahfiz

Assalamualaikum w.m.t
Kepada,
Tan Seri, Dato’ Seri, Tuan dan Puan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MAAHAD TAHFIZ AD DAWWAMAH
Dengan segala hormatnya dengan ini perkara di atas adalah dirujuk
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Maahad Tahfiz ini telah mula beroperasi pada Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 2 orang dan seorang guru. Sehingga kini jumlah pelajar telah bertambah menjadi 16 orang dan 3 orang guru. Pelajar kami datang dari negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Kuala Lumpur,
3. Kami juga pernah menempatkan pelajar muallaf Pelajar yang datang dari Sabah seramai 10 orang, juga dari Sarawak pelajar muallaf yang baru memeluk Islam. Ada di antara mereka yang ibu bapa sendiri belum memeluk Islam. Ada yang telah selamat kami khatankan di sini. Sementara itu sebahagian dari pelajar yang lain pula adalah anak yatim yang kematian ibu atau ayah. 90% daripada mereka tidak mampu membayar yuran asrama. Selama ini kami tidak mempunyai dana tetap dan hanya menerima sumbangan-sumbangan kecil dari hamba Allah yang prihatin secara berkala.
4. Tujuan maahad kami ditubuhkan ialah untuk melahirkan insan yang Hafiz dan celik teknologi dan sains agar Islam akan lebih membangun. Insan yang membesarkan Allah dan peka dengan kebesaran Allah melalui teknologi.
5. Melihatkan kepada ketidakmampuan kami untuk menganggung overhead maka jumlah pelajar di sini terpaksa dikurangkan tidak lebih 20 orang saja. Kalau ada rezeki lebih insya Allah jumlah pelajar akan ditambah, begitu juga tenaga pengajar.
6. Bersama-sama ini, kami lampirkan keperluan-keperluan asas bulanan dan juga keperluan tambahan kami. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menyertai kami menyumbang mana yang dirasakan senang bagi pihak tuan. Segala sumbangan daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang akan dapat membalas jasa baik tuan itu.
Sekian.
Yang Benar,
……………………………………….
(Faizul Azmir bin Mohd Dawam)
Pengetua Maahad Tahfiz Ad Dawwamah​
0123537313
Bajet belanjawan Bulanan Tahfiz Ad Dawwamah
1. Makan : rm 4000
2. Bil air dan api : rm 800
3. Gaji guru : rm 5000
4. Operational : rm 700
5. Sewa rumah : rm 600
6. Penyelenggaraan : rm 200
Total : rm 11,300
KESIMPULAN
Semua bentuk sumbangan dan bantuan yang dinyatakan di atas adalah amat dialu-alukan. Namun, sumbagan dari aspek lain dalam bentuk barangan seperti kipas angin, komputer, meja dan kerusi sekolah, penghawa dingin, peralatan pejabat dan yang seumpamanya, pihak kami menerima dengan tangan yang terbuka.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun sekolah:

MAAHAD TAHFIZ AD DAWWAMAH

Maybank Islamic 
558097062404

CIMB Islamic Bank
8603272974

RHB Islamic bank 
25818700011055 


call/sms/whatsapp ke www.wasap.my/60123537313

atas nama Pustaka Ad Dawwamah
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah umpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai serratus biji. Allah melipatgandakan (pahaala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas(kurnianya) lagi Maha Mengetahui” { AL BAQARAH: 261}
KEPERLUAN ‘URGENT’ MAAHAD TAHFIZ  AD DAWWAMAH
Sementara menunggu kelulusan dana-dana yang sedang dipohon dari pihak pihak tertentu, pihak tahfiz memerlukan dana segera (instant and urgent) bagi menampung overhead semasa bulanan seperti berikut:
1. Gaji guru guru dan tukang masak rm2500
2. Bil elektrik dan air rm 500
3. Kos makan rm1200
4. Maintenance rm 300
TOTAL RM4500
Pihak kami terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala bantuan yang bakal dihulurkan oleh pihak tuan,semoga Allah memberkati dan meredhai segala usaha yang cuba kita lakukan bersama dalam usaha menjayakan perjalanan program maahad tahfiz ni dan dinilai sebagai salah satu usaha taqwa serta menjadi amal jariah buat kita.
Sabda Rasulullah SAW:
‘Jagalah harta kekayaanmu dengan mengeluarkan zakat,ubatilah orang-orang sakit dengan bersedeqah dan hadapilah berbagai bala itu dengan doa’
Sekian,terima kasih
Yang diamanahkan
……………………………….
Pengetua Maahad Tahfiz AD DAWWAMAH
(0123537313)
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
MAAHAD TAHFIZ AD DAWWAMAH

Maybank Islamic 
5580 9706 2404

CIMB Islamic Bank
8603 2729 74

RHB Islamic bank 
2581 8700 0110 55 

call/sms/whatsapp ke www.wasap.my/60123537313

DERMA ONLINE


Sila layari FACEBOOK 









review pelawat dari Singapore

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENAJA PEMBELAJARAN ANAK2 YATIM DI TAHFIZ SILA KE PAGE BERIKUT DUA ANAK YATIM UNTUK DITAJA DI TAHFIZ

Comments

Popular posts from this blog

JIKA ANDA ADA HAJAT, ANAK2 TAHFIZ INI BOLEH BUATKAN SOLAT HAJAT

Sijil Tamat Hafalan Al Quran 30 Juz

Bil Air Dan Elektrik Pusat Tahfiz Dan Surau Kampung